Yang Di-Pertuan Agong Kurnia Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), hari ini (21 April). Istiadat Pengurniaan Watikah berlangsung di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara.
 
Antara penerima watikah pelantikan adalah Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Yang Dipertua MAINPP; Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, Datuk Seri Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Datuk Wan Nor Sakina Saad, Penasihat Undang-Undang Negeri. Selain itu, Datuk Zairi Mat Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Mufti Pulau Pinang, CP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Polis Pulau Pinang dan Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara. Hadir sama, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.
 
1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21
22 23 24